Thursday, October 2, 2014
Travelogaien: KK - Kundasang, tunggu aku datang!
Tuesday, September 2, 2014
Surprise Birthday Si dia ala Garden Picnic
- Tempat picnic - Tepi tasik yang bersih. Aku buat di Taman Tasik Shah Alam saja. Kat situ ada pondok pondok yang boleh kita set up untuk event tapi semalam kami hanya buat di tepi tasik. Hampar surat khabar saja dan terus set up. Menarik jugak!
- Makanan - Pilih saja makanan yang mudah disediakan. Fast food ke. Kalau nak masak sendiri pun boleh, masaklah nasi goreng dengan ayam goreng ke. Nugget sosej ke. Bihun atau mi goreng pun boleh. Janganlah buat mi kari atau benda berkuah. Susah nanti. So macam kami, hanya beli 2 kotak large Domino's pizza saja. Mudahkan?
- Minuman - Beli saja air gas ke fruit juice twister yang dalam botol 1L tu. Kami hanya sambut 4 orang jadi beli saja di Dominos. hehe. Jangan lupa air mineral untuk basuh tangan kalau tiada tandas.
- Kek - Benda wajib ada untuk sambut birthday adalah kek. Tak kisah korang nak beli atau buat sendiri. Macam aku special case sikit. 2 biji kek aku prepare untuk event ni. Overkan? haha. 1 aku tempah dengan member, ala kek kecil je 4 orang je boleh makan kek tu dan lagi 1 sepupu aku bake dan aku deco sendiri. Puas hati bila kita buat sendiri ni. Boleh rasa bila benda tu dah jadi. Suka sangat!
- Alatan - Barang wajib bawa adalah pinggan, cawan, sudu garfu plastik. Tisu. Tikar atau surat khabar untuk lapik. Belon untuk fotoshoot. Kami suka fotoshoot. Padahal tak wajib pun. hehe. Kalau nak meriah lagi, belilah mask atau topi untuk birthday girl atau boy tu.
- Kamera - Penting! Untuk merakamkan aksi aksi time event tu. Yelah, kenangankan. Dah ada kek lawa, belon, dah dress up lawa lawa tapi tak fotoshoot. Bapak tak best. So kalau fotoshoot nanti boleh buat kenangan untuk anak cucu. Flashback balik memori. Entry ni pun salah satu juga. Kan?
Hehe.
Entry hanya sekadar berkongsi bagaimana aku plan dan apa yang aku dah berjaya lakukan atas usaha sendiri untuk surprise birthday ni. Harapan aku sudah tentulah untuk melihat si dia happy dan bahagia di hari lahirnya. Semoga panjang umur awak!
Salam sayang,
Elsa <3
Wednesday, August 27, 2014
Sesuatu yang tidak dijangka
hehe.
Wednesday, July 30, 2014
Lebaran Elsa dengan baju Vietnam
Assalamualaikum.
Salam lebaran dari Elsa untuk semua yang membaca.
Raya mood lagi kan. So Elsa nak share 1 benda di raya pertama tempoh hari. Kami 2 beradik pakai baju kebangsaan Vietnam. Ala yang macam song jihyo pakai dalam runningman episod kat Vietnam tu. Cun gilakan.
Mestilahhhhhh. Hehe.
So nak jadi ceritanya bulan 5 hari tu kami bercuti di Vietnam. Kalau dah sampai sana kompem borong kain baju semuakan. Tambah lagi bandar ho chi minh tu merupakan syurga kain cotton. Memang high quality and superb! So boleh jugak dapat dengan harga RM23 ke RM25 sahaja untuk sepasang.
Nak dapat harga tu kat KL? Jangan mimpi. Memang takkan jumpa. So kami hanya beli cotton untuk sedara mara saja. Untuk diri sendiri pulak kain corak Vietnam.Tak sure pulak nama kain ni tapi best kain dia. Kami dapat dengan harga RM45 tak silap.
Kat sana jugak ada servis menjahit kain yang kita beli tu. Hantar hari ni esok terus siap dan dia siap hantar sampai hotel lagi. Bestkan ? So kami decide nak jahit terus then balik KL tak payah fikir dah. Jom usha gambar.
Amacam? So inilah baju raya pertama Anna Elsa. Raya pertama korang?
Love,
♥ Elsa
Monday, May 5, 2014
Kesian
Good morning Elsa?
Tetiba pagi pagi mood nak menaip datang bukan apa sedang aku baring sambil menatapi gambar gambar masa keluar hari ahad haritu tiba tiba timbul satu perasaan kesian dekat si N. Em aku tak tahu kenapa aku rasa aku bersikap kejam terhadap beliau. Apa pendapat anda? Apa pendapat awak Elsa? Yelahkan dia cuba nak cakap dgn aku cuba nak layan aku tp aku buat tak tahu je. Tapi kalau pikir apa dia and girlfriend dia buat lagi sakit hati ye dok? Em takpelah apa apa pun aku nak mohon maaf kepada si N even dia tak boleh nak baca pun takpe tak kisah aku nak minta maaf jugak atas layanan aku terhadap beliau. Semoga bahagia dgn orang tersayang
Jangan kita lupa untuk sedekahkan al-fatihah kepada arwah Aziz Satar yang telah kembali ke rahmatullah. Al-fatihah.
Anna
Xoxo
Sunday, May 4, 2014
Sundate with le friends
Assalamualaikum.
"Knock knock knock" Elsa? Do you wanna build a snowman? Haha!
Okay Elsa harini mak nak cerita mak happy sangat sebab mak dapat keluar dengan kawan kawan mak. Si F, si S, si J, si J jugak and kteorg pi jumpa si N.
First we all pergi Jusco Cheras Selatan. We all pergi karaoke melepaskan gian masing masing yang dah lama tak jumpa ni ha. Hahaha! And then kteorg plan nak pi jumpa si N sebab si F dah datang sini kan alang alang pi lah jumpa dia.
Then kteorg habiskan masa makan makan lepak sembang berselfie apa semua. Then kteorg terpaksa balik awal sebab si F nak kena balik kuantan dah. Emm sedih jugak sebab dapat jumpa sekejap je. Lepas ni tak tahu lagi bila nak jumpa macam ni. Em masa lepak dgn si N tu memang mak tak cakap banyak dgn dia lebih senang mak tak layan dia lah. Sebab sakit hati still ada ni ha. Dia ada lah jugak cakap dgn mak, tp mak buat tak tahu hahaha! Ego kemain mak kan? Bukan ego tp saje nak bagi dia rasa kehilangan. Cewah!
Then lepas balik si N whatsapp ke mak. Dia send gambar then yang mak pelik nya dia hantar lagu "cukup indah" nyanyian Alif Satar tu. Hmm dia cakap ke mak lagu tu bermakna dalam hidup dia. Em mak tak faham apa maksud dia. Emm k lah thats all cerita mak harini Elsa. Hahahaha!
Anna
Xoxo