Tuesday, September 2, 2014

Surprise Birthday Si dia ala Garden Picnic

Assalamualaikum Anna dan pembaca.

LAma aku tengok Anna tak update entry. Apa yang di busykan sangat entah. Ya aku tahu Anna baru balik dari field trip ke Pulau Kapas. Enjoy habis kata kau! Enjoy enjoy jugak, ingat the main purpose why you go there. Okay Anna? Rindu Anna.

HAha.

Semalam! Bersamaan 1 Sept merupakan birthday si dia. Si dia siapakah? Ummmmm si dialah. Aku tahu aku cerita tak habis lagi pasal dia. Nantilah aku habiskan. Tengah dalam mood happy lagi ni baik cerita dulu pasal birthday si dia. ya tak? Yeay, alhamdulillah aku dah berjaya buat surprise untuk si dia semalam. Lama jugak plannya dari plan untuk jadi orang pertama yang wish dia sampailah ke event yang paling penting iaitu.....

SURPRISE! SURPRISE! hee.

Banyak sangat terima kasih untuk 2 orang kesayangan aku ni si YJ dan Keknis. Tanpa diorang tak tahulah jadi ke tak surprise ni. Tak mampu kot nak buat seorang. huhu. Mulanya aku hanya berkomplot dengan  YJ dulu. Yelah, memandangkan si YJ ni bestie si dia so aku plan dengan dia dulu. Sehari sebelum kejadian barulah Keknis follow. Nak tahu apa plan yang aku dah berjaya buat? 

Sebenarnya aku impikan untuk celebrate dengan dia ala picnic, since aku pun student lagi tak mampu nak tempah restoran untuk event ni so kita picnic saja. Nampak macam garden style gitew. So untuk korang yang inginkan sambutan ulang tahun bertemakan garden picnic, sinilah tempatnya.

Pilihan tempat, makanan, minuman, kek dan alatan:
  • Tempat picnic - Tepi tasik yang bersih. Aku buat di Taman Tasik Shah Alam saja. Kat situ ada pondok pondok yang boleh kita set up untuk event tapi semalam kami hanya buat di tepi tasik. Hampar surat khabar saja dan terus set up. Menarik jugak! 
 Set up untuk birthday si dia. Simple je kan?

  • Makanan - Pilih saja makanan yang mudah disediakan. Fast food ke. Kalau nak masak sendiri pun boleh, masaklah nasi goreng dengan ayam goreng ke. Nugget sosej ke. Bihun atau mi goreng pun boleh. Janganlah buat mi kari atau benda berkuah. Susah nanti. So macam kami, hanya beli 2 kotak large Domino's pizza saja. Mudahkan?
  • Minuman - Beli saja air gas ke fruit juice twister yang dalam botol 1L tu. Kami hanya sambut 4 orang jadi beli saja di Dominos. hehe. Jangan lupa air mineral untuk basuh tangan kalau tiada tandas.
  • Kek - Benda wajib ada untuk sambut birthday adalah kek. Tak kisah korang nak beli atau buat sendiri. Macam aku special case sikit. 2 biji kek aku prepare untuk event ni. Overkan? haha. 1 aku tempah dengan member, ala kek kecil je 4 orang je boleh makan kek tu dan lagi 1 sepupu aku bake dan aku deco sendiri. Puas hati bila kita buat sendiri ni. Boleh rasa bila benda tu dah jadi. Suka sangat!
 Inilah kek hasil sepupu iaitu marble cheese cake. Decorationnya aku yang buat. First time aku gigih usaha macam ni. Puas hati sangat! Mudah saja walaupun tak pernah deco kek. hehe.


 Nampak mini kek superman tu? Aku tempah dari kawan sebab cadangnya nak celebrate berdua. Sangat sedap, dalam red velvet. Berminat? Boleh visit instagram beliau @aelfiqacollections .

  • Alatan - Barang wajib bawa adalah pinggan, cawan, sudu garfu plastik. Tisu. Tikar atau surat khabar untuk lapik. Belon untuk fotoshoot. Kami suka fotoshoot. Padahal tak wajib pun. hehe. Kalau nak meriah lagi, belilah mask atau topi untuk birthday girl atau boy tu.
  • Kamera -  Penting! Untuk merakamkan aksi aksi time event tu. Yelah, kenangankan. Dah ada kek lawa, belon, dah dress up lawa lawa tapi tak fotoshoot. Bapak tak best. So kalau fotoshoot nanti boleh buat kenangan untuk anak cucu. Flashback balik memori. Entry ni pun salah satu juga. Kan?
Aku nak belanja gambar ni. Untuk tatapan si pembaca. KAlaulah ada pembaca, kalau tak aku baca sendirilah tak pun Anna je yang baca.

Hehe.


MAsa ni si dia sedang ditutup matanya, dah 2 jam dah kena tutuup mata pakai kain. Kesian kan? 
huhu. Sorry awak.


Tu dia, inilah kesayangan yang banyak bantu dalam merealisasikan impian aku ni. Birthday celebration ala garden picnic. Impian macamlah birthday aku kan. Tapi aku tahu si dia tak kisah pun.


Selepas nyanyi lagu birthday. Comelnyalah gambar ni. I love the environment. PAkai sedondon pink lagi.


Fotoshoot session oleh Cik YJ kita. Kami dengar saja arahan. Ala ala pre wedding ha. Tak payah susah susah nak pre wedding dah selepas ni.


Rabbit Elsa pun nak merasa fotoshoot ala model. Dah lama tak fotoshoot. Hee. Thanks Cik YJ!


Entry hanya sekadar berkongsi bagaimana aku plan dan apa yang aku dah berjaya lakukan atas usaha sendiri untuk surprise birthday ni. Harapan aku sudah tentulah untuk melihat si dia happy dan bahagia di hari lahirnya. Semoga panjang umur awak!


Salam sayang,
Elsa <3

No comments:

Post a Comment