Thursday, October 2, 2014

Travelogaien: KK - Kundasang, tunggu aku datang!

Assalamualaikum.

Lamanya nak menunggu masa ada mood untuk tambah entry. Kesian blog Anna Elsa ni kan. Biasalah, kita ni student IPT, final year pulak tu memang akan tersangatlah busy. Kelas memang tak banyak dah tapi banyak benda nak kena fikir dan buat. Dengan field trip lagi, project paper lagi, independent study lagi. Kalau tak boleh handle semua ni, tak pandai bahagi masa memang ke laut jadinya. 

Janjinya nak bercerita tentang teman istimewa tu tinggal janjilah. Kena ambil mood betul betul baru best cerita kot. So yang tu kita hold dulu. Okay?

Aku just nak express feeling eksaited + nervous ni.

Yes, hari kedua raya haji nanti aku dan classmates akan terbang ke Sabah, inshaAllah. Doakan keselamatan kami pergi dan balik. Ya Anna ya. Pleaselah baca entry ni Anna. hehe. Bukan nak bercuti pun tapi atas urusan assignment. Macam nilah, life as a hotel and tourism student. Every semester akan ada trip ke tempat tourism. Alhamdulillah setakat ni kami enjoy. Dapat peluang pergi tempat yang tak pernah pergi. 

semester 3 hanya ke Aquaria KLCC, yelah kira warm up lah sebelum pergi jauh jauh. Kira first semester lah semester 3 tu kan. Semester 4 kami berjaya terbang ke Bandung, Alhamdulillah syukur sangat. Semester 5 kami dah berenang ke Pulau Perhentian dan sekarang semester akhir kami akan terbang ke Sabah. Tak sabar!




Harap niat kami tak menyimpang untuk ke sana. Yes, atas urusan course Sustainable tourism. Really hope that this trip will be awesome and we got lessons and gain experiences from it. So, any update inshaAllah soon ya tu pun kalau free.

Yelah, balik dari Sabah terus ada MUET speaking test and presentation. huhu.

*nangis*

Tapi apa pun, KK - Kundasang, tunggu aku datang!
#travelogaien

Salam sayang,
Elsa <3

No comments:

Post a Comment