Wednesday, July 30, 2014

Lebaran Elsa dengan baju Vietnam

Assalamualaikum.

Salam lebaran dari Elsa untuk semua yang membaca.

Raya mood lagi kan. So Elsa nak share 1 benda di raya pertama tempoh hari. Kami 2 beradik pakai baju kebangsaan Vietnam. Ala yang macam song jihyo pakai dalam runningman episod kat Vietnam tu. Cun gilakan.

Mestilahhhhhh. Hehe.

So nak jadi ceritanya bulan  5 hari tu kami bercuti di Vietnam. Kalau dah sampai sana kompem borong kain baju semuakan. Tambah lagi bandar ho chi minh tu merupakan syurga kain cotton. Memang high quality and superb! So boleh jugak dapat dengan harga RM23 ke RM25 sahaja untuk sepasang.

Nak dapat harga tu kat KL? Jangan mimpi. Memang takkan jumpa. So kami hanya beli cotton untuk sedara mara saja. Untuk diri sendiri pulak kain corak Vietnam.Tak sure pulak nama kain ni tapi best kain dia. Kami dapat dengan harga RM45 tak silap.

Kat sana jugak ada servis menjahit kain yang kita beli tu. Hantar hari ni esok terus siap dan dia siap hantar sampai hotel lagi. Bestkan ? So kami decide nak jahit terus then balik KL tak payah fikir dah. Jom usha gambar.

Amacam? So inilah baju raya pertama Anna Elsa. Raya pertama  korang?

Love,
♥ Elsa

No comments:

Post a Comment