Wednesday, August 27, 2014

Sesuatu yang tidak dijangka

Assalamualaikum.

Lama dah elsa tak update entry walaupun sedang bercuti sekarang ni. huhu. Maklumlah mood menaip tu tak datang tambah pulak dengan google chrome buat hal. Elsa tak boleh on gmail and blogger kat lappy. Tak tahulah apa sebabnya. Nak kata tak update memanglah tak update tapi bila kita nak update tak boleh pulak. So dah lama biarkan sampai nak on gmail pun pakai android je dan untuk pengetahuan pun, Elsa update entry sebelum ni pun guna android jugak. Tapi tulah, manalah puas kalau kena taip guna tab kan. I need keyboard to express my feelings sampai cecah lantai.

hehe.

Tahun 2014 ni terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup Elsa. Something unexpected. Elsa harap perkara yang berlaku tu akan membawa kebaikan dalam hidup Elsa. Salah satu perkara yang berlaku tu adalah dengan kehadiran seorang teman yang istimewa. Kenal dari zaman diploma, kawan masa degree tahun pertama dan mula langkah setengah tapak di tahun kedua. Insha Allah, kalau dimurahkan rezeki akan maju setengah tapak lagi.




Sebenarnya sukar bagi Elsa untuk terima beliau dalam hidup Elsa macam mana Elsa sukar nak terima lelaki lelaki lain yang cuba nak rapat lebih daripada kawan. Dah lama tutup hati dan bila dengan beliau tak tahu macam mana hati Elsa mudah untuk menerima. Semua benda boleh jadi mudah bila parents kita pun sukakan? Itu yang Elsa inginkan dan utamakan. Ya, Elsa akui dari apa yang Elsa boleh nampak dari mata hati Elsa sendiri. Parents Elsa mudah menerima si dia.

Tempoh hubungan kami pun tak juga berlaku dengan singkat. Setakat hari ni dah hampir 5 bulan. Alhamdulillah. Tempoh perkenalan pun 5 bulan. Kiranya dah hampir setahun kami kenal rapat antara satu sama lain. Dalam tempoh itu Elsa boleh lihat perkara yang berlaku dengan pantas dan mudah. Seolah olah ia terjadi dengan mudah.

Apa yang terjadi dalam tempoh setahun? Agak agak?
Nantilah sambung. Nak layan korea dulu.
hehe


Salam sayang,
Elsa <3