Monday, May 5, 2014

Kesian

Good morning Elsa? ��

Tetiba pagi pagi mood nak menaip datang bukan apa sedang aku baring sambil menatapi gambar gambar masa keluar hari ahad haritu tiba tiba timbul satu perasaan kesian dekat si N. Em aku tak tahu kenapa aku rasa aku bersikap kejam terhadap beliau. Apa pendapat anda? Apa pendapat awak Elsa? Yelahkan dia cuba nak cakap dgn aku cuba nak layan aku tp aku buat tak tahu je. Tapi kalau pikir apa dia and girlfriend dia buat lagi sakit hati ye dok? Em takpelah apa apa pun aku nak mohon maaf kepada si N even dia tak boleh nak baca pun takpe tak kisah aku nak minta maaf jugak atas layanan aku terhadap beliau. Semoga bahagia dgn orang tersayang ��

Jangan kita lupa untuk sedekahkan al-fatihah kepada arwah Aziz Satar yang telah kembali ke rahmatullah. Al-fatihah.

                                                                Anna
                                                                Xoxo

Sunday, May 4, 2014

Sundate with le friends

Assalamualaikum.
"Knock knock knock" Elsa? Do you wanna build a snowman? Haha!

Okay Elsa harini mak nak cerita mak happy sangat sebab mak dapat keluar dengan kawan kawan mak. Si F, si S, si J, si J jugak and kteorg pi jumpa si N.

First we all pergi Jusco Cheras Selatan. We all pergi karaoke melepaskan gian masing masing yang dah lama tak jumpa ni ha. Hahaha! And then kteorg plan nak pi jumpa si N sebab si F dah datang sini kan alang alang pi lah jumpa dia.

Then kteorg habiskan masa makan makan lepak sembang berselfie apa semua. Then kteorg terpaksa balik awal sebab si F nak kena balik kuantan dah. Emm sedih jugak sebab dapat jumpa sekejap je. Lepas ni tak tahu lagi bila nak jumpa macam ni. Em masa lepak dgn si N tu memang mak tak cakap banyak dgn dia lebih senang mak tak layan dia lah. Sebab sakit hati still ada ni ha. Dia ada lah jugak cakap dgn mak, tp mak buat tak tahu hahaha! Ego kemain mak kan? Bukan ego tp saje nak bagi dia rasa kehilangan. Cewah!

Then lepas balik si N whatsapp ke mak. Dia send gambar then yang mak pelik nya dia hantar lagu "cukup indah" nyanyian Alif Satar tu. Hmm dia cakap ke mak lagu tu bermakna dalam hidup dia. Em mak tak faham apa maksud dia. Emm k lah thats all cerita mak harini Elsa. Hahahaha!

                                                                Anna
                                                                Xoxo

Thursday, May 1, 2014

Welcome to Dunia Anna Elsa.

Assalamualaikum.

Selamat datang ke Dunia Anna Elsa.



Kami adalah dua beradik yang berkongsi belog yang sama. Tak ada apa yang nak dikongsikan pun, sekadar sebuah kisah kehidupan yang tidak seberapa dan juga hanya sekadar mahu melepaskan gian menaip. 

Bertemakan movie favorite kami berdua, cukuplah kami hanya menggelarkan diri sebagai Anna dan Elsa. Senangkan? Tak payah pening pening. Watak di alam maya adalah berbeza berbanding di alam realiti. Kami di luar adalah diri kami dan di sini sebagai Anna dan Elsa. Itulah uniknya alam maya. 

So, to those Frozen lover you are welcomed to read our blog.

Salam sayang,
Anna Elsa.